6 cara pikat perempuan?



Perempuan tetap perempuan kan? So bila aku terbaca 6 cara ni, aku rasa ada betulnya juga. Aku dapat merasakan. huhu. So kepada yang bernama lelaki, bacalah ni kalau korang sedang memikat or kurang tahu bagaimana nak pikat hati perempuan yang korang cinta. Cewahhhhh. Perempuan ni hati lembut. Bukan susah pun nak cairkan. Hahahaha~



1. Jadilah lelaki pemaaf


Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang terkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa, perempuan sebenarnya akan cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu biarkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.


2. Jangan mudah berputus asa


Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah permpuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaja? Jika benar hasrat kamu ikhlas dan jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka atau gila dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuan juga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.


3. Komitmen


Masuk bab komitmen ni, sesetengah lalaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetapi masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perempuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu terkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi.


4. Berlagak pandai


Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingin menarik perhatian si dia. Sebaiknya di awal perkenalan kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu…


5. Berkongsi pendapat


Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang benar yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.


6. Pemurah


Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya. Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehilangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlah ada batasannya. Bukan apa, ini semua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

P/s : Aku tak suka lelaki yang susah sangat nak meminta maaf atas kesilapan sendiri. Walaupun benda sudah jelas depan mata, tapi seolah-olah macam dia tak buat salah dan langsung tidak mahu mengaku..Perempuan hati lembut, pemaaf orangnya, so apa salahnya turunkan ego dan meminta maaf. Tak rugi apa-apa pun kan? hehehe. Reject!


Sumber : Blog!

Tanda 100 Hari Sebelum Mati



TANDA PERTAMA

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.



TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. 

sumber : Facebook


Lagu Pilihan Minggu ini 2 : Kenapa - Daus AF8




Lirik Kenapa – Daus AF8

Tubuhku menggeletar
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta

Chorus
Katakan kenapa
Kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba ‘tuk berjumpa
Katakan kenapa
Kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa

Ku jatuh hati padamu
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka yang terbaik dari ladang
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta

Ulang Chorus

Ku jatuh hati padamu
Apakah sudah masuk musim cinta

Ulang Chorus

Kepingin ‘tuk bersama denganmu
Katakan kenapa

Maksud tersirat tahi lalat??



bibir atas kanan-----------banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri-----------banyak kawan, baik hati
bibir bawah kanan----------disegani orang, banyak yg suka
bibir bawah kiri---------pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan---------cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri---------cerdas dlm segala hal dan kaya pengetahuan
leher di tengah---------tercapai cita-cita
biji mata kanan---------suka serong dan pembohong
biji mata kiri---------pembohong tetapi baik hati
ujung mata kanan---------baik hati, sopan santun, cerdas
ujung mata kiri---------baik budi, murah rezeki
punggung kanan---------agak mengalami kesulitan
punggung kiri---------malas dan suka duduk
betis kanan---------suka berhibur, boros
betis kiri---------rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan---------bersikap tidak peduli dan tak mau berusaha
lutut kiri---------kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan---------terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri---------sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang---------jujur, sabar dan tekun
kening kanan---------cerdas dan cekap
kening kiri---------cerdas, sopan santun
tengah kening---------keras hati, berani segala hal
ujung mulut kanan---------kecil rezeki, tak mudah kalah
ujung mulut kiri---------suka berpoya-poya
ketiak kanan---------dapat menyimpan rahasia
ketiak kiri---------jujur, banyak yang mencintai
pergelangan kaki kanan---------suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri---------memiliki kehendak yang kuat
batang hidung---------banyak dicintai orang dan bisa jadi kaya
pada hidung---------banyak rezeki
dagu bawah kanan---------jujur dan baik hati
dagu bawah kiri---------bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri---------baik, suka senggama
di kepala kemaluan (pria)---------bakal beristeri 2
tumit kanan---------jujur dan banyak kawan
tumit kiri---------baik budi
alis kanan---------suka menolong, baik hati
alis kiri---------banyak yang suka
pangkal paha kanan---------memiliki kemauan yang kuat
pangkal paha kiri---------suka kerja apa pun
telapak kaki kanan---------tak mudah mengeluh
jari kaki kanan---------suka menolong
jari kaki kiri---------berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan---------cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri---------suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan---------baik hati, pendiam, bisa simpan rahasia
buah dada kiri---------banyak kawan, setia pada pasangan
lengan kanan---------setia dan taat pada atasan
lengan kiri---------menepati janji dan rajin
pipi kanan---------banyak teman
tengah-tengah pipi kanan---------banyak yg suka
tengah-tengah pipi kiri---------banyak teman
ubun-ubun---------kurang jujur
pusar---------cerdas, tangkas, tekun
pusar bagian kanan---------sejahtera dalam hidup
pusar bagian kiri---------mendapatkan kemuliaan
pinggang kanan---------sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri---------disayang pasangan hidup
dada kanan---------dapat mengatasi masalah
dada kiri---------berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan---------tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri---------baik budi pekertinya
siku tangan kanan---------kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri---------baik hati, suka menolong
jari tangan kanan---------selalu mendapat keuntungan
jari tangan kiri---------serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan---------banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri---------banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan---------boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri---------dapat berpangkat
perut bawah kanan---------banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri---------baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam---------disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam---------tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar---------baik budi, banyak yang mencintai
pelipis kiri---------murah rezeki, bisa jadi kaya
pelipis kanan---------serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas---------baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas---------baik budi, banyak yang suka
kelopak mata kanan bawah---------agak malas
kelopak mata kiri bawah---------agak bodoh, kurang bijaksana

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja. 

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)  

sumber : Facebook